Pelancaran PALK YouthPreneur: Mencetus Inspirasi Generasi Baharu Usahawan Muda

When

June 25, 2026    
2:45 pm - 8:30 pm

Where

Damansara Damai
Dewan Komuniti, Damansara Damai

Event Type

Sesuai dengan hasrat PALK untuk memperkasa pelajar melalui bimbingan dan pengalaman dunia perniagaan sebenar dan juga sebagai sebahagian daripada komitmen PALK untuk memupuk dan memperkasa golongan belia negara, edisi 2026 PALK YouthPreneur Business Case Challenge akan dilancarkan.

Program ini direka untuk meraikan kreativiti, keyakinan diri serta semangat keusahawanan dalam kalangan generasi muda untuk tampil membentangkan idea berani mereka bagi masa depan berkaitan ekonomi komuniti mereka.

Ridwan, Presiden PALK, berkata: “PALK YouthPreneur mencerminkan kepercayaan mendalam kami terhadap potensi belia Malaysia. Dengan menyediakan platform untuk mereka berinovasi, belajar dan mengetengahkan idea, kami sebenarnya sedang melabur untuk masa depan negara. Menerusi inisiatif ini, kami berharap ianya akan membuka peluang kepada golongan muda untuk memperoleh pengalaman bermakna, membangunkan kemahiran penting, serta meneroka laluan yang dapat mempersiapkan mereka untuk berjaya dalam dunia yang semakin pesat berubah.”

Kesemua peserta akan membentangkan idea perniagaan dalam komuniti inovatif mereka di hadapan panel juri yang terdiri daripada barisan kepimpinan PALK serta pakar industri.

Don, wakil bagi MIMMO GATEWAY, berkata: “Kami sentiasa terinspirasi oleh kreativiti dan semangat keusahawanan golongan belia Malaysia. Melalui Program PALK YouthPreneur, generasi muda diberi peluang untuk mengubah idea mereka menjadi konsep perniagaan yang praktikal, yang mampu membentuk cara baru untuk peningkatan kerancakan aktiviti ekonomi dalam komuniti.”

Kami berharap agar PALK YouthPreneur akan menjadi penggalak untuk memperkasa ribuan belia Malaysia dengan menyediakan peluang pembelajaran secara praktikal serta pendedahan kepada cabaran dunia perniagaan sebenar.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membekalkan golongan muda di seluruh Malaysia dengan kemahiran dan peluang bagi membentuk masa depan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *